15 RAHASIA KEAJAIBAN KABAH YANG PERLU DIKETAHUI
 
 Follow twitter: @kutipanhikmah
 
 Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui banyak tentang struktur Kabah dari sudut sains :
 
 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
 
 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi²an yang membina yang tidak bisa didengar oleh telinga.
 
 3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem 
imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan 
penyakit.
 
 4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
 
 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar 
tetapi bisa dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan
 dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak
 ada sifat putus asa, mau terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
 Allah SWT.
 
 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kabah.
 
 7. Malah teknologi satelit pun tidak bisa meneropong apa yang ada di 
dalam Kabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa² yang ada 
di dalam Kabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
 
 8. Tempat 
yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan 
aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika 
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa 
bumbung masih terasa sejuk.
 
 9. Kabah bukan sekadar bangunan 
hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib karena di situ 
pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling 
dirahmati.
 
 10. Tidur dengan posisi menghadap Kabah secara 
automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang 
belakang dan menghasilkan sel darah.
 
 11. Pergerakan 
mengelilingi Kabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula 
jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut
 lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
 
 12. Peredaran
 darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justru 
dengan mengelilingi Kabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah 
di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. 
Sebab itulah orang yang berada di Mekah senantiasa bertenaga, sehat dan 
panjang umur.
 
 13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik 
kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak 
ternilai atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali putaran 
sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak ternilai jumlahnya.
 
 
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala karena rambut dan
 bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang 
baik yang dipancarkan terus dari Kabah. Sebab itu lah selepas melakukan 
haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala 
yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya 
yang baru.
 
 15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau 
tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam 
ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau 
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik 
saja akan diterima oleh tubuh. (sen)
 
 Subhanallah...
 
 LIKE THIS
Sumber : Sudah Tahukah Anda? (Facebook) 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar